Wednesday, December 9, 2009

Klinik Pembangunan Sukan Pencak Silat MBSA





Bermula Januari 2010, KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN PENCAK SILAT MBSA akan diadakan di Dewan Bola Tampar Sek. 4, Shah Alam. Untuk makluman, tujuan klinik ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia/remaja tentang kepentingan ilmu seni mempertahankan diri (Silat) pada masa kini. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan generasi muda yang sihat, berani serta bijak dalam menempuh cabaran kehidupan. Diharapkan agar melalui program ini bakal melahirkan lebih ramai lagi PESILAT NEGARA yang berkualiti seterusnya mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai klinik tersebut, sila hubungi RINA JORDANA (Bahagian Sukan, MBSA) di talian 03-5522 2742 (ext. 435)

No comments:

Post a Comment