Wednesday, December 9, 2009

Kejohanan Futsal MAKSAK Malaysia 2009




Maklumat Kejohanan
tarikh : 19-21 Oktober 2009
tempat : Stadium MBJB, Johor Bharu

Pasukan Futsal MAKSAK Selangor beraksi cemerlang di Kejohanan Futsal MAKSAK Malaysia 2009 apabila kedua-dua pasukan lelaki dan wanita melayakkan diri ke pusingan akhir. Pasukan wanita terus cemerlang dengan kemenangan bergaya apabila menewaskan pasukan Kuala Lumpur dengan jaringan 4-1. Walaubagaimanapun pasukan lelaki terpaksa akur kepada kehebatan lawan apabila tewas 1-3 kepada pasukan Kuala Lumpur.

Keputusan Perlawanan (Wanita):
Juara : Selangor
N. Juara : Kuala Lumpur
Ke-3 : ATM / Kedah

Anugerah Khas (Wanita) :
Pemain terbaik : Rina Jordana (Selangor)
Penjaring terbanyak : Ameera (Selangor)
Penjaga Gol terbaik : Kuala Lumpur
Fair Play : Pasukan MAKSAK Selangor

Keputusan Perlawanan (lelaki):
Juara : Kuala Lumpur
N. Juara : Selangor
Ke-3 : PDRM / Terengganu

Klinik Pembangunan Sukan Futsal, Kelab 1221 MBSA


Klinik Pembangunan Sukan Futsal adalah salah satu aktiviti yang disediakan di bawah program Kelab 1221 MBSA. Klinik ini telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dikalangan belia Shah Alam. Sejak ianya ditubuhkan, terdapat ramai pemain telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dan ada di antaranya telah diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Klinik Pembangunan Sukan Pencak Silat MBSA





Bermula Januari 2010, KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN PENCAK SILAT MBSA akan diadakan di Dewan Bola Tampar Sek. 4, Shah Alam. Untuk makluman, tujuan klinik ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia/remaja tentang kepentingan ilmu seni mempertahankan diri (Silat) pada masa kini. Di samping itu, ia juga dapat melahirkan generasi muda yang sihat, berani serta bijak dalam menempuh cabaran kehidupan. Diharapkan agar melalui program ini bakal melahirkan lebih ramai lagi PESILAT NEGARA yang berkualiti seterusnya mengharumkan nama Malaysia di Pentas Dunia.


Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai klinik tersebut, sila hubungi RINA JORDANA (Bahagian Sukan, MBSA) di talian 03-5522 2742 (ext. 435)

Rina Jordana

Penolong Pegawai Belia dan Sukan